Monday 11 June 2012

TAHUKAH ANDA ?

ALOE VERA




Antara khasiat yang terdapat pada gel tumbuhan aloe vera adalah:
Jel aloe merupakan anaesthetic yang ringan, dimana ia dapat mengurangkan rasa gatal, bengkak dan sakit. Ia juga merupakan bahan anti bakteria dan kulat serta dapat meningkatkan aliran darah ke kawasan yang luka dan mengalakkan pembentukan fibroblast.
Ia juga mempercepatkan tisu kulit yang terbakar sembuh.
Ia mempercepatkan penyembuhan luka, berbanding jika dirawat secara biasa ( standard dressing ).
Jus aloe vera berkesan menyembuh cirit berit, keracunan usus dan ulser gastrik.
Ia dapat mengurang paras gula bagi pesakit kencing manis.
Ia dapat mereda dan melambatkan kesan tindakan virus HIV-1, virus yang dikaitkan dengan penyakit AIDS.
Ia juga cepat meredakan demam panas pada kanak-kanak.

Sunday 20 May 2012

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH


Pada tanggal 16 mei 2012,SK Seri Buluh telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah.Sambutan hari guru pada tahun ini ialah bertemakan 'Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara'.

Sambutan hari guru pada tahun ini merupakan sambutan hari guru yang pertama di bawah pimpinan guru besar baru iaitu Cikgu Zaida bt Awang..Seawal jam 8 pagi,semua guru dan murid berhimpun di dewan terbuka SK Seri Buluh untuk majlis perasmian.Majlis sambutan selesai pada pukul 1 tengahari.Selamat hari guru cikgu!














PERUTUSAN PENGARAH PELAJARAN NEGERI TERENGGANU


                                


Assalamualaikum, salam sejahtera dan salam Hari Guru.


YANG BERUSAHA PENGETUA-PENGETUA, GURU-GURU BESAR, GURU-GURU PENOLONG KANAN, GURU-GURU, KAKITANGAN SOKONGAN, YDP DAN AJK PIBG, IBU BAPA / PENJAGA DAN MURID-MURID YANG DIKASIHI SEKALIAN

Saya amat bersyukur kerana pada pagi 16 Mei 2012 ini, kita seluruh warga sekolah negeri Terengganu dapat menjayakan satu lagi program negara dan juga program Kementerian Pelajaran Malaysia, iaitu Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah Sempena Perayaan Hari Guru 2012 yang bertemakan ’GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA’.

Terlebih dahulu saya mewakli Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu mengucapkan SELAMAT HARI GURU 2012 dan TERIMA KASIH CIKGU kepada seluruh warga guru dan warga sekolah negeri Terengganu Darul Iman.  Sesungguhnya perayaan Hari Guru merupakan hari anugerah, memperingati jasa,  memperingati pengorbanan dan pengiktirafan istimewa negara dan kerajaan kepada guru dan seluruh dan warga sekolah yang lain.  Saya juga mewakili Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu menyatakan rasa terhutang budi dan penghormatan dengan merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah, syabas dan terima kasih kepada semua warga guru, semua warga sekolah, PIBG dan ibu bapa / penjaga  atas bakti dan budi mulia menjadikan pendidikan Terengganu pada hari ini ke tahap terbilang.

Saya juga menyeru kepada seluruh warga guru dan seluruh warga sekolah negeri ini supaya melipatgandakan usaha dan meneruskan kelangsungan budaya kerja kuat persekolahan dan pendidikan melestarikan kecemerlangan pendidikan merealisasikan agenda ’TERENGGANU NEGERI ANJUNG ILMU’ ilham Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Terengganu.  Pada kesempatan ini juga marilah kita bersama-sama dengan ikhlas menyatakan rasa terhutang budi dan terima kasih kita kepada Kerajaan Negeri Terengganu dan seluruh pemimpin negeri ini atas perhatian, sokongan dan bantuan kewangan yang besar dengan berterusan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu untuk pembangunan dan kemajuan pendidikan negeri ini.

Sempena perayaan Hari Guru 2012, menerusi agenda ’GURU PENYAYANG MURID BERKUALITI’, saya mengajak barisan kepimpinan pendidikan negeri ini, seluruh warga guru dan warga sekolah dengan penuh komitmen dan dedikasi bersama-sama merealisasikan Dasar Kerajaan Malaysia, Dasar–dasar Baru Kementerian Pelajaran Malaysia dan gagasan Terengganu Negeri Anjung Ilmu ilham Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu.   Saya juga menyeru kepada semua warga guru agar melaksanakan tugas, tanggungjawab dan amanah kerajaan dan negara dengan penuh bertanggungjawab dan profesional kepada ’The Government Of The Day’. 


Sempena Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada tahun ini, saya menyeru kepada seluruh warga guru, kakitangan, PIBG dan ibu bapa / penjaga murid agar memahami, menghayati dan menyokong sepenuhnya Dasar-dasar Baru KPM, seperti LINUS, 3M, KSSR, IMIS, MBMMBI, Transformasi Pendidikan Vokasional dan Penilaian Berasaskan Sekolah.  Tujuan utama Kerajaan melaksanakan transformasi pendidikan negara ialah bagi memastikan Malaysia menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi pada menjelang tahun 2020.  Semua warga sekolah disarankan agar menyampaikan mesej ini kepada rakan-rakan, ahli keluarga dan kenalan terdekat agar mereka turut sama menyokong dan menyumbang untuk menjayakan transformasi pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.  Marilah kita bersama-sama menjayakan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi lepasan sekolah yang taat setia dan bersatu padu untuk agama, bangsa dan negara.

Marilah kita mempertahan dan melestarikan keterbilangan pendidikan Terengganu yang kita hasilkan bersama pada hari ini.  Sesungguhnya keterbilangan pendidikan Terengganu itu adalah merupakan identiti, maruah dan martabat kita warga jabatan pelajaran negeri ini.

Akhir kata,  ucapan tahniah, syabas dan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah pada hari ini.

‘SELAMAT HARI GURU’ dan  ‘TERIMA KASIH CIKGU’

Sekian dan wassalam.


ZAKARIA BIN HUSSIN
Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu



Pejabat Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu
10 Mei 2012

PERUTUSAN HARI GURU 2012 KPPM

Perutusan Hari Guru 2012 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Y.Bhg Dato Sri Abd Ghafar Bin Mahmud


sila klik 'link' untuk muatturun
perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia




Thursday 10 May 2012

LATIHAN KECEMASAN KEBAKARAN

Baru-baru ini telah diadakan satu latihan kecemasan kebakaran hasil usahasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah Hulu Terengganu...










Sunday 15 April 2012

PENCAPAIAN KO KURIKULUM SK SERI BULUH 2012 siri 1

PERTANDINGAN ACTION SONG





Diadakan di SK Kuala Berang...SK Seri buluh telah memperolehi tempat ke 4..Cikgu Hamidah dan Cikgu Ermanani merupakan guru pembimbing pasukan actions song sekolah.

Abang Azri juga merupakan pembantu belakang tabir bagi memastikan semua urusan teknikal berjalan lancar selama tempoh latihan.


PERTANDINGAN CORAL SPEAKING


Dibawah kelolaan Cikgu Hamidah dan Cikgu Ermanani, pasukan coral speaking sekolah juga tidak menghampakan.Menggondol tempat ke 4..

Ini merupakan satu pencapaian terbaik juga buat SK Seri Buluh kerana kurang pengalaman berbanding wakil2 sekolah lain.Abang Azri sekali lagi menjadi hero di belakang tabir.

KEJOHANAN BOLA BALING



Pasukan bola baling lelaki telah mengharumkan nama sekolah kerana berjaya mendapat tempat ke 2 ketika pertandingan peringkat zon...Bermula dengan kekalahan di perlawanan awal.Namun para pemain y telah di asuh supaya tidak kenal erti putus asa berjaya bangkit mencipta kejutan di perlawanan berikutnya.

Satu persatu pasukan pilihan tumbang di tangan SK Seri buluh.Namun rentak kemenangan pasukan sekolah berakhir di final apabila terpaksa tunduk di tangan pasukan tuan rumah y mendapat sokongn padu dr para penyokong sendiri..

Pasukan bola baling sekolah telah mendapat sentuhan cikgu Salmah dan cikgu Hamidah.Pengalaman dari merekaberdua banyak membantu dalam memantapkan pasukan..dan Abang Azri sekali lg jd hero belakang tabir sebgai jawatankuasa minuman..tepuk tangan untuk Abang Azri.

Di peringkat daerah,pasukan kita telah tumbang awal.Faktor keletihan dan juga tidak dapat menyaingi saiz fizikal pasukan2 lain membantut kan usaha pasukan sekolah untuk mencipta kejayaan..





Tuesday 10 April 2012

MAJLIS PERPISAHAN PEMBANTU TADBIR


Baru-baru ini telah diadakan 1 majlis perpisahan untuk pembantu tadbir sk seri buluh iaitu Puan Salwa Rahayu..Beliau secara rasminya akan bertugas ke Jab Pendidikan Negeri bermula 1 april 2012..

Ketika di beri peluang untuk berucap,beliau tidak dapat menahan dari menitiskan airmata mungkin kerana SK Seri Buluh memberi jutaan kenangan y indah kepada beliau terutamanya staf-staf y baik2 (ehem2 terutamnya EIO) ..

Di harap agar beliau akan berjaya di sana ...amin.