Sunday 22 May 2011

Selamat Menduduki Peperiksaan Pertengahan Tahun 2011

  • Selamat berjaya dalam menempuh ujian pertengahan kepada semua murid SK. Seri buluh. Semoga mendapat keputusan yang membanggakan.   
  • Semoga para murid sekalian dapat menduduki peperiksaan dengan tenang dan penuh iltizam untuk mencapai kejayaan cemerlang. Pesanan kepada semua murid, berikanlah tumpuan yang sepenuhnya dan sentiasa berdoa untuk memberi yang terbaik sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung. Kami sentiasa mendoakan kejayaan anda semua.!!!
  • & kepada guru2. Selamat memeriksa kertas jawapan.!!!
            SELAMAT MAJU JAYA...
 

Wednesday 18 May 2011

Bendera Sekolah

Persembahan Pelajar Sempena Hari Guru 2011

Di antara video Persembahan pelajar SK. Seri Buluh yang dapat dirakam sempena perayaan Hari Guru 2011. Dengan diketuai oleh konduktor Muzik ( Cg. Mazni ), Murid2 menunjukkan bakat masing2.  Terima Kasih kerana menghiburkan kami semua. Chewah ~~~~~






P/s : Cuma 3 video yang dapat di upload buat masa ni.. Masih ada 2 lagi video yang di upload selepas ini.... Tunggu ~~~

(GAMBAR) Sambutan - Hari Guru 2011









Sunday 15 May 2011

SELAMAT HARI GURU 2011

Kepada guru-guru yang kusayangi

SELAMAT HARI GURU .

d/p : Hajjah Leha bt. Ali ( Guru besar SK. Seri Buluh )

SELAMAT HARI GURU 2011

Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik Sk. Seri Buluh.. Semoga bakti yang dicurahkan mendapat balasan yang setimpalnya. Didiklah anak bangsa kita dengan penuh semangat dan tidak mudah mengeluh..

" Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara ”

Thursday 14 April 2011

SENARAI MURID TARGET 5A 2011

  1. Nurul Hafaizah binti Azmi
  2. Nur Azzyati Hazwani binti Ahmad
  3. Mohamad Badzlan bin Sulaiman 
  4. Muhamad Syazwan Haririe bin Saidi
  5. Nurul Alia Batrisya binti Ghamadzan
  6. Nur Syazwani binti Abd. Wahab
  7. Nurul Nor Shahirah binti Abu Bakar         

 Target LSMP 2011 : 100 
 Target GPS 2011     : 1.65

ENROLMEN MURID

TAHUKAH ANDA???

LOBAK

Mengurangi risiko penurunan kadar penglihatan, demam dan kanser. Lobak kaya dengan beta karotena yang mampu merangsang daya tahan tubuh dan anti kanser.

Monday 11 April 2011

TAHUKAH ANDA???

TOMATO

Tomato dapat melindungi dari kanser dan penyakit jantung. Satu dari unsur aktif dalam tomato adalah 'phytochemical lycopene' dikatakan dapat menyekat terjadinya kanser. Menurut Jurnal Institut Kanser Nasional, orang yang banyak memakan tomato dapat menurunkan risiko berkembangnya pelbagai jenis kanser sebanyak 40%. Selain itu, tomato juga memiliki bukti cukup kuat untuk kanser prostat, paru-paru dan perut.

-gambar hiasan-

GURU BERTUGAS (10/4/2011-14/4/2011)

Cikgu Masrin Maarof
Teacher Ermanani

Sunday 10 April 2011

INFO SAINS -Tahukah Kamu ??

KACANG SOYA

Kacang soya semakin popular dikalangan pengamal makanan sihat samada dari barat atau timur. Antara kelebihan kacang soya adalah:

-Ia merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging, susu atau telur.
-Ia mengandungi 50% protein bagi setiap 100 g kacang soya, merupakan 2x lebih daripada kacang tanah, 11x lebih daripada susu dan 3x lebih daripada telur.
-Ia kaya dengan bahan mineral seperti calcium, sodium, manganese, magnesium, iron and phosphorous.
-Ia juga kaya dengan vitamin A,B,C,D serta lecithin.
-Ia boleh dijadikan bahan penganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.
-Protein soya boleh mengurangkan resiko penyakit kanser dan jantung.
-Ia mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.
-Ia sangat baik sebagai bahan bagi hidangan vegetarian.
-Ia mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya denagn protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.
Kesimpulannya, kacang soya sangat selamat, berzat, murah dan sesuai bagi semua lapisan umur.


KEJOHANAN BOLA TAMPAR PERINGKAT ZON 2 MSSDHT

        Pada 6 april 2011(rabu),kontijen Sekolah Kebangsaan Seri Buluh telah menghantar pasukan lelaki dan perempuan ke pertandingn bola tampar zon 2 yang diadakan di Sekolah Kebangsaaan Dusun.

        Pasukan bola tampar Sk Seri Buluh di bimbing oleh ketua jurulatih iaitu Cikgu Salmah dan Cikgu Irmasuryani..Pasukan perempuan telah di undi bersama SK Seri Berang dan SK Kuala berang.Walaupon pasukan kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk latihan dan kurang dari segi pengalaman.Namun tahniah diucapkan kepada para pemain kerana memberikan tentangan yang sengit pada setiap perlawanan.

        Bagi pasukan lelaki pula,SK Seri buluh telah diundi bersama SK Kuala Dura,SK Telaga,SK Pasir Nering dan SK Seri Berang..SK Seri buluh memulakan persaingan dan memenanginya ketika menentang SK Dura...namun rentak kemenangan sekolah kita terbantut setelah tewas mudah kepada sk seri berang..Ini berpunca kerana para pemain terlalu menghormati lawan...namun para pemain tidak terus mengalah dengan kekalahan tersebut dan menjadikan sk telaga mangsa kebangkitan semula perjuangan Sk seri buluh..perlawanan terakhir ialah menentang sk pasir nering yang akan menentukan samada sk seri buluh layak ke peringkat separuh akhir atau pon tidak...setelah melalui satu perlawanan yang cukup sengit menentang sk pasir nering,akhirnya cabaran sk seri buluh tamat jua.Namun tahniah diucapkan kepada para pemain kerana menunjukkn semangat melawan yang tinggi......-l060-

Tuesday 5 April 2011

Pertandingan Bola Baling Peringkat Zon

       Pada hari ahad 3 april 2011 telah berlangsung pertandingan bola baling peringkat  zon di padang Sekolah Kebangsaan Seri Berang ..Sekolah SK Seri Buluh telah di undi dalam satu kumpulan bersama-sama SK Telaga dan SK Pauh...

SK Seri buluh memulakan perlawanan pertama menentang SK Pauh yang berkesudahan 2-2(Muqriz dan Hazman).....seterusnya sk Seri Buluh menentang Sk Telaga yg menyaksikan Sk Seri Buluh tewas 4-1..walau bagaimana pun Sk Seri Buluh berjaya melayak kn diri ke separuh akhir sebelum tumpas kepada Sk Seri Berang di separuh akhir....

Namun sekalung tahniah di ucapkan kepada pemain Sk Seri Buluh kerana berjaya menewaskan cabaran sk tai untuk memenangi tempat ketiga keseluruhan....ini semua atas komitmen dan dedikasi dari ketua jurulatih Sir Farid yang berjaya diterjemahkan oleh para pemain di atas padang...l



Pengadil melakukan pemeriksaan keatas para pemain sebelum permainan dimulakan.

Pemain bintang sk seri buluh...kedua-dua pemain ini telah terpilih untuk mewakili zon 2 ke peringkat daerah.

'Agi idup ,agi ngelabang'..kata-kata semangat dari ketua jurulatih,Sir Farid

Pemain sk telaga(ber jersi no 5) gerun melihat gaya pemain-pemain sk seri buluh.

'goollll..golllll...gollllll'

Penentuan tempat ketiga menentang SKTAI (keputusan akhir Sk Seri Buluh 3-1 SK Tai)

Penentuan tempat ketiga menentang SKTAI (keputusan akhir Sk Seri Buluh 3-1 SK Tai)

Penentuan tempat ketiga menentang SKTAI (keputusan akhir Sk Seri Buluh 3-1 SK Tai)

Latihan Bola Baling

Latihan bola baling yang di kendalikan oleh Cg. farid  pada 28/3/11 -31/3/11

Sir Farid mengajar teknik menjaringkan gol..manakala penolong pengurus Cikgu Masrin(roy haksen) mencari kesalahan pemain yg perlu diperbaiki.
Cikgu masrin: 'benci i tengok pemain shot bola x gol2..nk je i baling bola biar gol!'

syazwani(berbaju merah) dikawal ketat oleh pemain pertahanan lelaki Ibrahim (baju belang-belang)

Ketua jurulatih(sir Farid) dan penolong (cikgu Masrin) memantau latihan para pemain.

Sunday 20 March 2011

LAGU SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH


Status : Gred B
Kod : TBA 5052
Pada tahun 1970-an UMNO cawangan Kampung Buluh dan JKKK Kampung Buluh telah membawa usul untuk pembinaan sebuah sekolah di Kampung Buluh. Hasil perjuangan mereka maka terbinalah Sekolah Kebangsaan Seri Buluh pada 31 Oktober 2001 di atas tapak seluas 10 ekar. Sekolah ini terletak 4.6 km dari Pekan Kuala Berang. Sekolah ini dibina oleh Syarikat HMN Construction dengan kos bernilai RM 10.7 juta. Memulakan operasi pada 1 Januari 2004 dan pengambilan murid bermula pada 1 April 2004. Murid-murid yang ditempatkan di sekolah ini adalah murid-murid dari Kampung Buluh yang bersekolah di SK Kuala Berang dan SK Tengku Ampuan Intan serta murid-muird dari Kampung Kuala Por yang bersekolah di SK Pasir Nering. Pada 1 Julai 2004 sekolah ini menerima Guru Besar pertamanya iaitu Hajjah Leha Bt. Ali. Sekolah ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hishamuddin Bin Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia pada 26 Ogos 2004.


Sekolah - sekolah yang berhampiran :

  • SK. Pasir Nering
  • SK. Dusun