Sunday 20 March 2011

LAGU SEKOLAH

SEJARAH SEKOLAH


Status : Gred B
Kod : TBA 5052
Pada tahun 1970-an UMNO cawangan Kampung Buluh dan JKKK Kampung Buluh telah membawa usul untuk pembinaan sebuah sekolah di Kampung Buluh. Hasil perjuangan mereka maka terbinalah Sekolah Kebangsaan Seri Buluh pada 31 Oktober 2001 di atas tapak seluas 10 ekar. Sekolah ini terletak 4.6 km dari Pekan Kuala Berang. Sekolah ini dibina oleh Syarikat HMN Construction dengan kos bernilai RM 10.7 juta. Memulakan operasi pada 1 Januari 2004 dan pengambilan murid bermula pada 1 April 2004. Murid-murid yang ditempatkan di sekolah ini adalah murid-murid dari Kampung Buluh yang bersekolah di SK Kuala Berang dan SK Tengku Ampuan Intan serta murid-muird dari Kampung Kuala Por yang bersekolah di SK Pasir Nering. Pada 1 Julai 2004 sekolah ini menerima Guru Besar pertamanya iaitu Hajjah Leha Bt. Ali. Sekolah ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Hishamuddin Bin Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia pada 26 Ogos 2004.


Sekolah - sekolah yang berhampiran :

  • SK. Pasir Nering
  • SK. Dusun