Monday 27 February 2012

INFO MATEMATIK

DARAB 2 NOMBOR DENGAN 11


Ambil nombor yang hendak didarab dengan 11,bayangkan ada satu ruang di antara dua digit nombor berkenaan.Dalam contoh ini kita akan menggunakan no 63:

6 3 x 11 = ???

bayangkan nombor 63 sebagai 6_3

sekarang tambah dua dua nombor dan tempatkan di tengah2

6_(6+3)_3 = 6_9_3 = 693

sekelip mata anda dapat jawapannya iaitu 693.

Jika nombor ditengah2 menjadi dua digit apabila dicampurkan,hanya masukkan nombor yang kedua dan tambahkan 1 untuk yang pertama:

contohnya : 89x11=????

8_(8+9)_9 = 8_17_9


(8+1)_7_9


9_7_9 = 979

senang kan?????anda boleh mencuba sendiri..:)

KEJOHANAN OLAHRAGA PERINGKAT DAERAH

Kejohanan olahraga di peringkat daerah telah bermula pada hari ini bertempat di SMK Jenagor.SK Seri Buluh tidak ketinggalan untuk menghantar wakil-wakil untuk mengharumkan nama sekolah.Semoga pahlawan - pahlawan SK Seri Buluh akan memperolehi kejayaan..amin

Sunday 26 February 2012

GURU BERTUGAS MINGGU INI

26 FEBRUARI - 1 MAC

1) En Masrin b Maarof
2) Pn Kamariah bt Mohamad

TAHUKAH ANDA??

KATAK


Katak adalah haiwan amfibia. Haiwan amfibia boleh hidup di atas darat dan di dalam air. Katak boleh melihat ke depan, ke tepi dan ke atas semuanya pada masa yang sama. Ia tidak pernah tutup matanya walaupun ia tidur.

Thursday 23 February 2012

HARI INI DALAM SEJARAH....

23 februari 1950
Darurat tanah melayu: Pihak komunis menggempur Balai Polis Bukit Kepong di Johor.



Peristiwa balai polis Bukit Kepong adalah kejadian serangan komunis semasa keadaan darurat di Persekutuan Tanah Melayu selepas Perang dunia II. Dalam kejadian tersebut,balai polis Bukit Kepong diserang oleh segerombolan 180 orang komunis bermula sekitar jam 5.00 pagi pada 23 februari 1950.
Dalam kejadian tersebut, sekitar 25 orang anggota polis berjuang habis-habisan sehingga seorang demi seorang gugur. Dua orang isteri anggota polis marin turut mengangkat senjata apabila mendapati suami mereka terkorban dan mereka terus bertempur bersama anggota-anggota lain sehingga kehabisan peluru.
Dalam kejadian ini, 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang komunis telah terkorban.

Thursday 9 February 2012

HARI INI DALAM SEJARAH....

9 FEBRUARI 2004

Pelayar web mozilla firebird dinamakan semula sebagai MOZILLA FIREFOX..