Sunday, 20 May 2012
SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH
Pada tanggal 16 mei 2012,SK Seri Buluh telah mengadakan sambutan hari guru peringkat sekolah.Sambutan hari guru pada tahun ini ialah bertemakan 'Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara'.
Sambutan hari guru pada tahun ini merupakan sambutan hari guru yang pertama di bawah pimpinan guru besar baru iaitu Cikgu Zaida bt Awang..Seawal jam 8 pagi,semua guru dan murid berhimpun di dewan terbuka SK Seri Buluh untuk majlis perasmian.Majlis sambutan selesai pada pukul 1 tengahari.Selamat hari guru cikgu!
PERUTUSAN PENGARAH PELAJARAN NEGERI TERENGGANU
Assalamualaikum, salam sejahtera
dan salam Hari Guru.
YANG BERUSAHA PENGETUA-PENGETUA, GURU-GURU BESAR, GURU-GURU PENOLONG KANAN,
GURU-GURU, KAKITANGAN SOKONGAN, YDP DAN AJK PIBG, IBU BAPA / PENJAGA DAN MURID-MURID
YANG DIKASIHI SEKALIAN
Saya amat bersyukur kerana pada pagi 16 Mei 2012 ini,
kita seluruh warga sekolah negeri Terengganu dapat menjayakan satu lagi program
negara dan juga program Kementerian Pelajaran Malaysia, iaitu Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru
Peringkat Sekolah Sempena Perayaan Hari Guru 2012 yang bertemakan ’GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI
PENDIDIKAN NEGARA’.
Terlebih dahulu saya mewakli Jabatan Pelajaran
Negeri Terengganu mengucapkan SELAMAT HARI GURU 2012 dan TERIMA KASIH
CIKGU kepada seluruh warga guru dan
warga sekolah negeri Terengganu Darul Iman.
Sesungguhnya perayaan Hari Guru merupakan hari anugerah, memperingati
jasa, memperingati pengorbanan dan pengiktirafan
istimewa negara dan kerajaan kepada guru dan seluruh dan warga sekolah yang
lain. Saya juga mewakili Jabatan Pelajaran
Negeri Terengganu menyatakan rasa terhutang budi dan penghormatan dengan
merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah, syabas dan terima kasih kepada semua
warga guru, semua warga sekolah, PIBG dan ibu bapa / penjaga atas bakti dan budi mulia menjadikan
pendidikan Terengganu pada hari ini ke tahap terbilang.
Saya juga menyeru kepada seluruh warga guru dan seluruh
warga sekolah negeri ini supaya melipatgandakan usaha dan meneruskan
kelangsungan budaya kerja kuat persekolahan dan pendidikan melestarikan
kecemerlangan pendidikan merealisasikan agenda ’TERENGGANU
NEGERI ANJUNG ILMU’ ilham
Yang Amat Berhormat Menteri Besar, Terengganu.
Pada kesempatan ini juga marilah kita bersama-sama dengan ikhlas menyatakan
rasa terhutang budi dan terima kasih kita kepada Kerajaan Negeri Terengganu dan
seluruh pemimpin negeri ini atas perhatian, sokongan dan bantuan kewangan
yang besar dengan berterusan kepada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu untuk
pembangunan dan kemajuan pendidikan negeri ini.
Sempena perayaan Hari Guru 2012, menerusi agenda ’GURU PENYAYANG MURID BERKUALITI’, saya
mengajak barisan kepimpinan pendidikan negeri ini, seluruh warga guru dan warga
sekolah dengan penuh komitmen dan dedikasi bersama-sama merealisasikan Dasar Kerajaan Malaysia, Dasar–dasar Baru Kementerian Pelajaran Malaysia dan
gagasan Terengganu Negeri Anjung Ilmu ilham Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Haji
Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu. Saya juga menyeru kepada semua warga guru
agar melaksanakan tugas, tanggungjawab dan amanah kerajaan dan negara dengan
penuh bertanggungjawab dan profesional kepada ’The Government Of The Day’.
Sempena Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah
pada tahun ini, saya menyeru kepada seluruh warga guru, kakitangan, PIBG dan
ibu bapa / penjaga murid agar memahami, menghayati dan menyokong sepenuhnya
Dasar-dasar Baru KPM, seperti LINUS, 3M, KSSR, IMIS, MBMMBI, Transformasi
Pendidikan Vokasional dan Penilaian Berasaskan Sekolah. Tujuan utama Kerajaan melaksanakan
transformasi pendidikan negara ialah bagi memastikan Malaysia menjadi sebuah
negara maju berpendapatan tinggi pada menjelang tahun 2020. Semua warga sekolah disarankan agar
menyampaikan mesej ini kepada rakan-rakan, ahli keluarga dan kenalan terdekat
agar mereka turut sama menyokong dan menyumbang untuk menjayakan transformasi
pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
Marilah kita bersama-sama menjayakan hasrat kerajaan untuk melahirkan
generasi lepasan sekolah yang taat setia dan bersatu padu untuk agama, bangsa
dan negara.
Marilah kita mempertahan dan melestarikan keterbilangan
pendidikan Terengganu yang kita hasilkan bersama pada hari ini. Sesungguhnya keterbilangan pendidikan
Terengganu itu adalah merupakan identiti, maruah dan martabat kita warga
jabatan pelajaran negeri ini.
Akhir
kata, ucapan tahniah, syabas dan terima
kasih kepada semua yang terlibat menjayakan Majlis Sambutan Perayaan Hari Guru Peringkat Sekolah pada hari ini.
‘SELAMAT HARI
GURU’ dan ‘TERIMA KASIH CIKGU’
Sekian dan wassalam.
ZAKARIA BIN HUSSIN
Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu
Pejabat Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu
10
Mei 2012
PERUTUSAN HARI GURU 2012 KPPM
Perutusan Hari Guru 2012 oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Y.Bhg Dato Sri Abd Ghafar Bin Mahmud
sila klik 'link' untuk muatturun
perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
sila klik 'link' untuk muatturun
perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Thursday, 10 May 2012
LATIHAN KECEMASAN KEBAKARAN
Baru-baru ini telah diadakan satu latihan kecemasan kebakaran hasil usahasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah Hulu Terengganu...
Sunday, 15 April 2012
PENCAPAIAN KO KURIKULUM SK SERI BULUH 2012 siri 1
PERTANDINGAN ACTION SONG
Diadakan di SK Kuala Berang...SK Seri buluh telah memperolehi tempat ke 4..Cikgu Hamidah dan Cikgu Ermanani merupakan guru pembimbing pasukan actions song sekolah.
Abang Azri juga merupakan pembantu belakang tabir bagi memastikan semua urusan teknikal berjalan lancar selama tempoh latihan.
PERTANDINGAN CORAL SPEAKING
Dibawah kelolaan Cikgu Hamidah dan Cikgu Ermanani, pasukan coral speaking sekolah juga tidak menghampakan.Menggondol tempat ke 4..
Ini merupakan satu pencapaian terbaik juga buat SK Seri Buluh kerana kurang pengalaman berbanding wakil2 sekolah lain.Abang Azri sekali lagi menjadi hero di belakang tabir.
KEJOHANAN BOLA BALING
Pasukan bola baling lelaki telah mengharumkan nama sekolah kerana berjaya mendapat tempat ke 2 ketika pertandingan peringkat zon...Bermula dengan kekalahan di perlawanan awal.Namun para pemain y telah di asuh supaya tidak kenal erti putus asa berjaya bangkit mencipta kejutan di perlawanan berikutnya.
Satu persatu pasukan pilihan tumbang di tangan SK Seri buluh.Namun rentak kemenangan pasukan sekolah berakhir di final apabila terpaksa tunduk di tangan pasukan tuan rumah y mendapat sokongn padu dr para penyokong sendiri..
Pasukan bola baling sekolah telah mendapat sentuhan cikgu Salmah dan cikgu Hamidah.Pengalaman dari merekaberdua banyak membantu dalam memantapkan pasukan..dan Abang Azri sekali lg jd hero belakang tabir sebgai jawatankuasa minuman..tepuk tangan untuk Abang Azri.
Di peringkat daerah,pasukan kita telah tumbang awal.Faktor keletihan dan juga tidak dapat menyaingi saiz fizikal pasukan2 lain membantut kan usaha pasukan sekolah untuk mencipta kejayaan..

Tuesday, 10 April 2012
MAJLIS PERPISAHAN PEMBANTU TADBIR
Baru-baru ini telah diadakan 1 majlis perpisahan untuk pembantu tadbir sk seri buluh iaitu Puan Salwa Rahayu..Beliau secara rasminya akan bertugas ke Jab Pendidikan Negeri bermula 1 april 2012..
Ketika di beri peluang untuk berucap,beliau tidak dapat menahan dari menitiskan airmata mungkin kerana SK Seri Buluh memberi jutaan kenangan y indah kepada beliau terutamanya staf-staf y baik2 (ehem2 terutamnya EIO) ..
Di harap agar beliau akan berjaya di sana ...amin.
Monday, 19 March 2012
TAHUKAH ANDA??
SUNGAI TERPANJANG DI DUNIA...
Sungai Nil merupakan sungai terpanjang di dunia, sungai yang menjadi simbol kemakmuran rakyat mesir ini bermula di Danau Victorial dan terus mengalir sampai Laut Mediteranian dengan panjang keseluruhan sungai mencapai 4132 batu (6650km)

Subscribe to:
Posts (Atom)