Sunday 10 April 2011

KEJOHANAN BOLA TAMPAR PERINGKAT ZON 2 MSSDHT

        Pada 6 april 2011(rabu),kontijen Sekolah Kebangsaan Seri Buluh telah menghantar pasukan lelaki dan perempuan ke pertandingn bola tampar zon 2 yang diadakan di Sekolah Kebangsaaan Dusun.

        Pasukan bola tampar Sk Seri Buluh di bimbing oleh ketua jurulatih iaitu Cikgu Salmah dan Cikgu Irmasuryani..Pasukan perempuan telah di undi bersama SK Seri Berang dan SK Kuala berang.Walaupon pasukan kita tidak mempunyai masa yang cukup untuk latihan dan kurang dari segi pengalaman.Namun tahniah diucapkan kepada para pemain kerana memberikan tentangan yang sengit pada setiap perlawanan.

        Bagi pasukan lelaki pula,SK Seri buluh telah diundi bersama SK Kuala Dura,SK Telaga,SK Pasir Nering dan SK Seri Berang..SK Seri buluh memulakan persaingan dan memenanginya ketika menentang SK Dura...namun rentak kemenangan sekolah kita terbantut setelah tewas mudah kepada sk seri berang..Ini berpunca kerana para pemain terlalu menghormati lawan...namun para pemain tidak terus mengalah dengan kekalahan tersebut dan menjadikan sk telaga mangsa kebangkitan semula perjuangan Sk seri buluh..perlawanan terakhir ialah menentang sk pasir nering yang akan menentukan samada sk seri buluh layak ke peringkat separuh akhir atau pon tidak...setelah melalui satu perlawanan yang cukup sengit menentang sk pasir nering,akhirnya cabaran sk seri buluh tamat jua.Namun tahniah diucapkan kepada para pemain kerana menunjukkn semangat melawan yang tinggi......-l060-

No comments:

Post a Comment